Kelantan Dan Pahang Membuat Keputusan Bagi Membatalkan Bazar Ramadhan Pada Tahun Ini

Kini kesemua negeri Pantai Timur telah membatalkan Bazar Ramadhan selepas Kelantan dan Pahang mengumumkan tidak akan mengadakan bazar tersebut pada tahun ini.

Kelantan Dan Pahang Membuat Keputusan Bagi Membatalkan Bazar Ramadhan

Jika sebelum ini, Terengganu telah mengumumkan lebih awal termasuk negeri-negeri juga. Kini 2 lagi negeri Pantai Timur mengikut dengan memutuskan keputusan yang sama iaitu membatalkan Bazar Ramadhan bagi seluruh negeri masing-masing iaitu di Kelantan dan Pahang.

Keputusan ini disambut baik oleh Kelantan dan Pahang ketika ini selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan supaya semua acara yang melibatkan mass gathering agak di batalkan dan elakka berada di tempat-tempat tersebut.

Kelantan Dan Pahang Tiada Bazar Ramadhan Tahun Ini

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu melalui BHarian Online dimana seluruh Pahang dibawah pentadbirang PBT tidak dibenarkan mengadakan Bazar Ramadhan. Iainya berikutan krisis COVID-19 ini masih tidak menunjukkan trend penurunan bagi seluruh negeri.

Justeru itu, beliau juga ada memberi cadangan dengan membuat pembelian bazar secara atas talian melalui aplikasi rasmi PahangGO. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membangunkan "PahangMart" bagi menyenaraikan kesemua pasaraya yang ada dan akan dibuat secara atas talian.

Kelantan Dan Pahang Membuat Keputusan Bagi Membatalkan Bazar Ramadhan

Jika di Kelantan, keputusan membatalkan Bazar Ramadhan ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Keputusan ini juga diambil kira selepas saranan daripada pihak KKM dan juga melalui kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak membenarkan penganjuran Bazar Ramadan.

Ianya juga telah dilaporkan oleh Bharian Online dan memberitahu mungkin peniaga-peniaga harus mencari alternatif lain seperti menjalankan proses jual beli menerusi atas talian sahaja.

Sehingga kini, negeri yang telah membatalkan anjuran Bazar Ramadhan adalah Pulang Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Post a Comment

Previous Post Next Post