Bukan Pengguna Astro Pun Boleh Menggunakan Astro GO Sepanjang PKP Ini

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia, kini Astro menawarkan tontonan Astro GO bagi bukan pengguna Astro sepanjang PKP berlangsung.

Bukan Pengguna Astro Pun Boleh Menggunakan Astro GO Sepanjang PKP Ini

Astro nampaknya betul-betul ingin membantu bagi menggalakkan orang ramai untuk terus berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Sebelum ini, Astro ada memberikan saluran komplimentari secara percuma bagi pengguna Astro menerusi saluran movie, belajar, berita dan national geographic sepanjang PKP iaitu sehingga 12 Mei 2020.

Kali ini, mereka sekali lagi membuka peluang kepada BUKAN PELANGGAN ASTRO pula untuk nikmati saluran Astro GO. Walaupun anda tidak melanggan pakej Astro atau takda pun piring Astro di rumah, anda boleh tengok Astro menerusi Astro GO secara percuma.

Bukan Pelanggan Astro Pun Boleh Tengok Astro

Bukan Pengguna Astro Pun Boleh Mengguna Astro GO Sepanjang PKP Ini

Tawaran ini telah dibuka sehingga 12 Mei 2020. Anda hanya perlu daftar di pautan dibawah dengan pilih bahagian A-NON ASTRO CUSTOMER dan daftar menggunakan email


Cara Mendaftar

Gunakan peranti anda dengan ikuti langkah berikut:
  1. Muat-turun aplikasi Astro GO melalui Google Play Store atau Apps Store
  2. Klik pada A-NON ASTRO CUSTOMER
  3. Daftar ID menggunakan emel sahaja
  4. Verify ID anda dengan 6 digit pun yang dihantar di emel anda
Bukan Pengguna Astro Pun Boleh Mengguna Astro GO Sepanjang PKP Ini

Kini anda sudah boleh gunakan Astro GO bila-bila sahaja. Jika anda ingin menonton di desktop, anda boleh pergi ke astrogo.astro.com.my

Saluran Percuma

Anda boleh tonton sehingga 12 Mei 2020 melibatkan 22 channel dan juga beberapa program melalui On Demand percuma seperti dibawah
  • Astro Prima
  • Astro Oasis
  • Go Shop HD RUUMA
  • Go Shop HD GAAYA
  • Astro Vaanavil
  • Makkal TV
  • Astro AEC
  • GO SHOP Chinese
  • TV Alhijrah
  • Celestial Movies
  • Celestial Classic Movies
  • CCTV4
  • Astro Xiao Tai Yang
  • Astro Awani
  • Bernama TV
  • Astro Tutor TV UPSR
  • Astro Tutor TV PT3
  • Astro Tutor TV SPM
  • Astro Arena
  • eGG
  • HELLO
  • Cartoon Network
Bukan Pengguna Astro Pun Boleh Mengguna Astro GO Sepanjang PKP Ini

Untuk maklumat lanjut, boleh layari astro.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post