Bazar Ramadhan Dan Jualan Sempena Aidilfitri Di Kedah Dibatalkan

Kerajaan Kedah telah mengumumkan dimana, bazar Ramadhan dan penjualan Aidilfitri di Kedah dibatalkan pada tahun ini.

Bazar Ramadhan Dan Aidilfitri Di Kedah Dibatalkan

Keputusan pembatalan aktiviti-aktiviti ini diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Keputusan ini dibuat susulan daripada krisis pandemik COVID-19 yang kini melanda seluruh Malaysia bagi mengelakkan apa-apa kejadian buruk selepas ini.

Jika sebelum ini, 3 buah negeri telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadhan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Selangor. Menurut laporan astroawani, kini Kedah pula telah membuat keputusan yang sama bagi membatalkan bazar Ramadhan dan jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bazar Ramadhan Di Kedah Dibatalkan

Kerajaan Kedah telah membatalkan aktiviti ini bagi seluruh daerah Kedah dan telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah supaya memulangkan deposit yang diambil sebelum ini kepada peniaga-peniaga yang telah berdaftar.

Bazar Ramadhan Dan Aidilfitri Di Kedah Dibatalkan

Antara cara memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini adalah amalam "Sosial Distancing", justeru jika diperhatikan melalui aktiviti bazar pastinya orang ramai akan berkumpul (mass gathering) di suatu tempat. Jika ditakdirkan virus ini masih lagi ada ketika itu, pastinya lebih mudah ianya mereka ke orang lain.

Justeru, negeri-negeri ini telah membuat keputusan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya bazar Ramadhan dibatalkan bagi setiap daerah di negeri masing-masing.

Sebenarnya, jika dilihat daripada keputusan ini, rakyat sepertinya boleh menerima dengan hati terbuka. Mereka lebih sayangkan nyawa daripada bazar yang telah menjadi budaya turun-temurun di Malaysia setiap kali menjelangnya Ramadhan.

Post a Comment

Previous Post Next Post