Senarai 5 Smartphone Bawah RM1000 Bagi Tahun 2022

5 Telefon Baru Bawah RM1000 Bagi Tahun 2020

Kini kita sudah memasuki tahun 2022. Dari itu terdapat banyak telefon yang sudah memasuki pasaran Malaysia khususnya. Jadi jom kita tengok senarai 5 telefon baru bawah RM1000.

Kita mungkin berbeza pendapat apabila ingin dapat sebuah telefon pintar. Ada antara kita beli telefon nak tengok chipset atau mungkin lebih kepada kamera atau melalui harganya sendiri. Tetapi hakikatnya kesemua ini mungkin sukar digabungkan sekali untuk dapatkan telefon idaman. Pasti ada bahagian terpaksa ditolak tepi.

Jadi kali ini, kalau anda lebih tekankan kepada harga, anda boleh pilih 5 telefon baru bawah RM1000 cadangan daripada amanz.my yang dikeluarkan pada tahun 2022 . Jika sekarang anda ingin dapatkan telefon baru, inilah masanya untuk anda pilih telefon mana yang sesuai untuk anda berdasarkan tanda harga tersebut.

Anda boleh dapatkan juga telefon tersebut terus daripada laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada seperti dikongsikan di setiap pilihan telefon dibawah

Senarai 5 Telefon Baru Bawah RM1000

#1.  Redmi Note 9S

Redmi Note 9S

Redmi Note 9S telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada bulan Mac 2020 yang lalu. Jadi peranti ini anda boleh dapatkan secara rasmi di seluruh Malaysia melalu pengedar sah Xiaomi.

Peranti ini pastinya mendapat tumpuan kerana bentuk keduduk kameranya iaitu dalam bentuk petak dengan diletakkan 4 jenis kamera (Macro, Ultrawide, Kamera Utama dan Depth Sensor) sama seperti peranti flagship yang lain. Telefon ini seperti berkelebihan dari segi prosesor dimana menggunakan Snapdragon 720G. Harga yang ditawarkan adalah bawah RM1000

  • Prosesor : Snapdragon 720G
  • Kapasiti Bateri : 5020 mAh
  • Saiz Skrin : 6.67-inci FHD+ dengan berlubang ditengah
  • Kamera : Sensor Utama (48MP), Sensor Ultrawide (8MP), Makro (5MP), Depth Sensor (2MP) dan kamera Selfie (16MP)
  • RAM dan Storan Kapasiti : 4GB RAM/64GB dan 6GB RAM/128 GB

🛒 Link Pembelian : Shopee | Lazada

#2.  Realme 6

Realme 6

Realme juga turut memperkenalkan telefon pintar mereka yang baru pada Mac yang lepas iaitu Realme 6. Sepertinya jika dilihat perbandingan peranti ini berkelebihan dari segi Fresh Rate display iaitu setinggi 90Hz.

Kamera juga dilengkapi dengan 4 jenis sama seperti peranti sebelum ini tetapi disusun menegak. Dari segi spesifikasi lain, nampaknya tidaklah boleh dibanggakan tetapi dengan tanda harga bawah RM1000 pastinya berbaloi.

  • Prosesor : MediaTek Helio G90T
  • Kapasiti Bateri : 4300 mAh
  • Saiz Skrin : 6.5-inci LCD FHD+
  • Kamera : 5-kamera belakang gabungan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan dengan 16MP
  • RAM dan Storan Kapasiti : 4GB RAM/128GB

🛒 Link Pembelian : Shopee | Lazada

#3.  Honor 9X Pro

Honor 9X Pro

Honor 9X Pro baru sahaja diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan April yang lepas. Dilaporkan, ianya merupakan peranti pertama yang masuk ke pasaran tempatan dengan menggunakan Huawei AppGallery bagi menggantikan Google Play Store.

Peranti ini sepertinya mempunyai sistem cecair yang boleh menyejukkan telefon ketika penggunaan yang lama. Kamera pada peranti ini dilihat disusun secara menegak dengan 3 kamera beserta pop-up kamera hadapan.

  • Prosesor : Kirin 810
  • Kapasiti Bateri : 4000 mAh
  • Saiz Skrin : 6.59-inci
  • Kamera : Kamera Utama (48MP), Ultrawide (8MP), Depth (2MP) dan Kamera Hadapan (16MP)
  • RAM dan Storan Kapasiti : 8GB RAM/128GB/256GB

🛒 Link Pembelian : Shopee | Lazada

#4.  Oppo A91

Oppo A91

Oppo A91 diperkenalkan di Malaysia pada bulan Mac yang lepas. Peranti kelas pertengahan ini mempunyai kelebihan jenis skrin berbanding yang lain dengan menggunakan Amoled Display. Selain itu 4 kamera terbina bersama 1 kamera hadapan. Peranti ini masih menggunakan takuk droplet pada skrin hadapan.

  • Prosesor : MediaTek Helio P70
  • Kapasiti Bateri : 4025 mAh
  • Saiz Skrin : Bersaiz 6.4-inci FHD+ AMOLED 
  • Kamera : 4-kamera belakang gabungan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, bersama kamera hadapan 16MP
  • RAM dan Storan Kapasiti : 8GB RAM/128GB

🛒 Link Pembelian : Shopee | Lazada

#5.  Vivo Y19

Vivo Y19

Seterusnya adalah Vivo Y19 yang telah dilancarkan pada November 2019 yang lepas. Peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan daripada Honor. Walaupun ianya dilancarkan lebih lama berbanding yang lain tetapi ianya masih memberikan kelebihan tersendiri antarnya adalah mempunyai kapasiti bateri yang besar sehingga 5000 mAh.

Disebabkan itulah, peranti ini boleh juga dijadikan sebagai Powerbank dengan fungsi reverse charging terbina di dalamnya. Jika bateri kapisiti yang anda cari, mungkin ini adalah pilihan terbaik.

  • Prosesor : MediaTek Helio P65
  • Kapasiti Bateri : 5000 mAh (reverse chargin)
  • Saiz Skrin : 6.59″ IPS LCD FHD+
  • Kamera : 3-kamera belakang gabungan sensor (16+8+2 Megapixel) bersama kamera hadapan 16MP
  • RAM dan Storan Kapasiti : 6GB RAM/128GB

🛒 Link Pembelian : Shopee | Lazada

Semoga perkongsian bermanfaat untuk anda yang sedang mencari telefon pintar dengan harga bawah RM1000.

Post a Comment

Previous Post Next Post