Topeng Muka "Apple Mask Pro" Dihasilkan. Pasti Anda Suka

Topeng muka out of stock di pasaran? Susah nak dapatkan ready stock? Mungkin "Apple Mask Pro" ini untuk anda, lagi-lagi jika peminat produk Apple kan.

Topeng Muka "Apple Mask Pro" Dihasilkan. Pasti Anda Suka

Kini berlegar-legar di internet, dimana memaparkan gambar sebuah topeng muka dengan logo Apple dihasilkan. Persoalan sekarang, adakah ianya wujud? Betul ke Apple Inc. menghasilkan topeng muka di kala krisis COVID-19 melanda dunia ni.

Jika di Malaysia pada awalnya sebelum ini, sebuah topeng muka dijual dengan harga syiling RM2 sekeping dan bermula 1 April 2020, Kerajaan telah mengumumkan harga diturunkan kepada RM1.50 bagi sebuah topeng muka. Murah ke mahal? Apa agaknya harga Apple Mask ni kan.

Apple Menghasilkan Topeng Muka, "Apple Mask Pro"

Jangan terpedaya dengan gambar yang anda saksikan jika ada yang kongsikan gambar Apple Mask ini. Ini kerana, gambar yang dihasilkan ini sebenarnya hanya rekaan konsep daripada individu bernama Justin Ciappara melalui pautan beliau just.com.mt.

Topeng Muka "Apple Mask Pro" Dihasilkan. Pasti Anda Suka

Katanya, beliau menghasilkan rekaan konsep ini selepas dunia sibuk memperkatakan berkenaan Corona Virus terutamanya di media sosial. Pada awalnya, beliau hanya hasilkan konsep topeng muka biasa sahaja dan kini pelbagai versi telah dihasilkan sehingga tapak laman sama seperti di website Apple pun dihasilkan

Topeng Muka "Apple Mask Pro" Dihasilkan. Pasti Anda Suka

"Hope you love this concept! Lets spread this concept everywhere! Just not the Virus!"

Antara topeng muka reka konsep yang dihasilkan seperti Mask Pro, Mask Hermes Edition, Apple Mask, dan iMask. Ianya juga dipaparkan dengan harga iaitu bermula $99 hingga $399 (~RM426 hingga ~RM1720).

Topeng Muka "Apple Mask Pro" Dihasilkan. Pasti Anda Suka

Kalau ianya dihasilkan dengar harga tersebut. Agak-agak anda nak dapatkan topeng muka Apple ni? Kongsikan pandangan anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post