Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Dukacita dimaklumkan, Perdana Menteri telah mengumumkan dimana Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Tarikh baru ini adalah pertambahan lagi dua (2) minggu daripada sepatutnya Perintah Kawalan Pergerakan yang bertama ini berakhir iaitu pada 31 Mac 2020. Jadi keseluruhannya, tempoh arahan ini berlangsung daripada 18 Mac hingga 14 April 2020.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Dalam ucapan beliau, dilaporkan sehingga kini 95% rakyat telah mematuhi perintah ini. Banyak tempat telah ditutup dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah. Hanya ada beberapa insiden kecil sahaja yang berlaku di sana sini tetapi masih dapat dikawal oleh pihak Polis.

Disambung lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu awal-awal bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar selepas ini. Kadar jangkitan begitu cepat. Hari ini sahaja seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.

Di Malaysia, sehingga kini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1796 kes dengan 17 kematian termasuk seorang doktor. Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya.

Post a Comment

Previous Post Next Post