Penginapan Percuma Daripada Tune Hotel Untuk 'Frontliners' Hospital Kuala Lumpur

Hari ini, Tune Hotel umumkan dimana mereka akan memberi penginapan percuma kepada 'frontliners' daripada Hospital Kuala Lumpur yang terlibat menghadapi COVID-19.

Penginapan Percuma Daripada Tune Hotel Untuk 'Frontliners' Hospital Kuala Lumpur

Penginapan Percuma

Bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Tune Hotel akan memberi penginapan percuma kepada mereka selama 30 hari. Pastinya berita ini sedikit sebanyak akan memberikan kelegaan kepada petugas ini yang penat berkhidmat dalam isu COVID-19.

Penginapan Percuma Daripada Tune Hotel Untuk 'Frontliners' Hospital Kuala Lumpur
sumber : malaymail

Inisiatif ini telah dijalankan oleh ECM Libra Foundation dan hotelier Ormond Group bagi memberi penginapan percuma di Tune Hotel bagi cawangan Putra World Trade Centre (PWTC). Kita biasa nampak petugas-petugas ini ada yang baring di koridor sahaja untuk melepaskan penat lelah. Pastinya dengan ada tempat yang lebih selesa selepas ini, memberikan lebih kekuatan kepada petugas-petugas ini.

Penginapan Percuma Daripada Tune Hotel Berserta Sarapan Percuma

Tune Hotel cawangan PWTC ini dikatakan antara hotel yang paling dekat dengan HKL dan sebanyak 130 buah bilik akan disediakan kepada frontliners ini bagi merehatkan dan melepaskn penat lelah disana. Penginapan ini akan bermula hari ini iaitu 24 Mac 2020 untuk selama 30 hari

Mereka juga akan diberi sarapan percuma selama mana mereka berada di Tune Hotel tersebut. 

Penginapan Percuma Daripada Tune Hotel Untuk 'Frontliners' Hospital Kuala Lumpur

Sehingga post ini ditulis (24 Mac 2020), Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan 106 kes telah dicatatkan dengan jumlah kes keseluruhan sebanyak 1624 orang. Pada hari ini telah mencatatkan 1 kematian dengna jumlah keseluruhan dengan 15 orang.

Jadi kepada anda semua, keep safe dan sentiasa berada di rumah. Jangan keluar jika tiada perkara penting yang ingin dilakukan. Sentiasa basuh tangan dengan sabun dan amalkan amalam social distancing jika berada di luar rumah.


sumber : malaymail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post