Antara Inisiatif Diumumkan Adalah Pengeluaran RM500 Sebulan Melalui Akaun 2 Caruman KWSP

Pada hari ke-6 (23 Mac 2020) Perintah Kawalan Pergerakan, sekali lagi Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa initiatif terbaru melalui Majlis Tindakan Ekonomi yang antaranya adalah pengeluaran daripada Akaun 2 bagi pencarum KWSP.

Antara Inisiatif Diumumkan Adalah Pengeluaran RM500 Sebulan Melalui Akaun 2 Carumah KWSP

Krisis COVID-19 ini pastinya memberi kesan yang buruk kepada rakyat terutamanya. Terpaksa berada di rumah dan mungkin ada yang tidak bekerja selama tempoh arahan 2 minggu ini. Jadi selama ini, pastinya mata pencarian terjejas dan mungkin bagi mendapatkan keperluan harian juga terjejas.

Jadi melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang harap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat bagi melalui waktu yang sukar ini.

Insiatif Utama Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi


1. Pengeluaran i-Lestari Bagi Pencarum Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWS)

caruman kwsp rm500

Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing dalam kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion. 

2. Kerajaan Bersetuju Untuk Menyalurkan Peruntukan Tambahan Sebanyak RM500 Juta Kepada Kementerian Kesihatan Bagi Menyokong Usaha Menangani COVID-19

Peruntukan ini antaranya lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan kepada kakitangan hospital.

kkm covid-19

Selain itu juga, peruntukan RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2000 kakitangan baharu secara kontral terutamanya jururawat. Ini kerana ramai jururawat dan kakitangan hospital yang amat keletihan.

3. Kerajaan Bersetuju Untuk Menyalurkan Peruntukan Sebanyak RM130 Juta Kepada Negeri-Negeri Untuk Membantu Kerajaan Negeri Menangani Krisis COVID-19.

Peruntukan ini boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat krisis ini, bantuan kepada pesakit dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas diperingkat negeri.

4. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

ptptn 6 bulan

Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 iaitu daripada 3 bulan sebelum ini kepada 6 bulan


YAB Tan Sri Muyiddin Yassin menggesa dalam pengakhiran ucapan supaya kita hendaklah sentiasa bermuafakat, berganding bahu dan cekal dalam mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang kita hadapi. Beliau juga menggesa sentiasa berada di rumah selama arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post