Bayaran Saman Polis Dengan Diskaun Sehingga 50% Bermula 25 Mac 2020 Selama 5 Hari

Jangan lepaskan peluang, kini anda boleh bayar saman dengan diskaun sehingga 50% bermula 25 Mac 2020 ini selama 5 hari.

Bayaran Saman Polis Dengan Diskaun Sehingga 50% Bermula 25 Mac 2020 Selama 5 Hari

Jabatan Siasatan Dan Pengkuatkuasa Trafik (JSPT) akan melancarkan kempen bayaran saman secara e-Payment selama 5 hari sempena peringatan Hari Polis Ke-213. Jadi jangan lepaskan peluang ini walaupun masih dalam krisis COVID-19 ini.

Kempen ini bertujuan menggalakan orang ramai membayar saman masing-masing secara e-Payment berikutan kaunter bayaran saman di ibu pejabat polis seluruh negara sejak 18 Mac 2020 dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Kadar Diskaun Sehingga 50% Bagi Pemabayaran Saman

Bayaran Saman Polis Dengan Diskaun Sehingga 50% Bermula 25 Mac 2020 Selama 5 Hari

Kempen bayaran saman secara e-Payment dengan diskaun 50% ini akan bermula 25 Mac hingga 29 Mac 2020. Pembayaran boleh dibuat melalui portal seperti dibawah


Jenis Saman Layak Menerima Diskaun 50%

Semua saman layak mendapat diskaun sebanyak 50 peratus kecuali :

  • Saman kemalangan tahun 2019 dan 2020
  • Saman dalam perbicaraan
  • Saman OP Selamat tahun 2019 dan 2020
  • Saman berstatus NC (Non Compoundable)
  • Saman berstatus mahkamah dan sama berkaitan Lori
  • Saman berstatus waran tangkap tahun 2019 dan 2020

Dalam perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Hamid Bin Bador merakamkan dan sangat berbangga dan menjunjung tinggi pengorbanan setiap warga PDRM, yang ikhlas menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri. 

"Kepada ahli masyarakat, kami amat berterima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa di mana kerjasama rakyat Malaysia, amat diperlukan untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Bantulah kami, untuk membantu anda, dan sama-samalah kita berdoa kepada Yang Maha Esa, semoga dugaan yang kita hadapi ketika ini, akan segera berakhir dan kita dapat kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa"

SELAMAT HARI POLIS KE-213

‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’


Ikuti perutusan penuh Ketua Polis Negara disini

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended