Nampak Kesalahan Trafik, Guna Emel Template Ini Untuk Buat Laporan

Nampak Kesalahan Trafik, Guna Emel Template Ini Untuk Buat Laporan

Apa kata bagi Tahun Baru 2020, pengguna kereta khususnya menjadi lebih beretika dan lebih pandai ketika memandu di atas jalan raya. Admin masih tidak nampak lagi kereta terbang, jadi admin rasa kita masih menggunakan jalan raya seperti biasa kan.

Orang yang memandu setiap hari untuk pergi kerja atau bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain pasti melihat pelbagai kesalahan trafik. Kadang kita dah memandu secara berhemah, tetapi pemandu lain buat perangai. Jadi kalau kesannya kena kepada kita seperti salah guna lorong kecemasan, mengekori kenderaan lain terlalu rapat, dan potong barisan. Pastinya perkara ini memberi impak kepada pengguna lain.

Akhirnya akan tercetus pergaduhan, caci maki dan sebagainya di atas jalan raya atas sebab kecuaian dan kesalahan trafik. Jadi untuk mengelakkan pergaduhan atau caci maki ni, apa kata anda buat je laporan ke JPJ terus. Pasti tindakan akan dibuat terhadap pesalah atas kesalahan trafik yang mereka lakukan.

Tapi takkan nak pergi JPJ untuk buat laporan macam kita pergi buat laporan polis? Jauh kot atas sebab nak lapor kereta potong barisan je? Tak berbaloi.

Jangan risau, anda tak perlu pun pergi ke JPJ, anda boleh terus buat laporan menerusi emel sahaja. Tak tahu nak tulis apa? Jom kita tengok sini, pengguna twitter @rejaie telah kongsikan template emel untuk buat laporan bagi kesalahan trafik kepada JPJ

Template Emel Laporan Kesalahan Trafik Kepada JPJ


Nampak Kesalahan Trafik, Guna Emel Template Ini Untuk Buat Laporan

Mengikut perkara asas yang perlu untuk buat laporan adalah tarikh/masa, tempat kejadian, jenis kenderaan, no plat kereta dan gambar kereta itu sendiri. Jangan lupa sertakan maklumat diri juga seperti nama, alamat, no telefon dan no kan pengenalan dan hantar kepada aduantrafik@jpj.com.my

Contoh Template Emel Laporan

Tak tahu nak emel macam mana, boleh tengok template di bawah


(Boleh copy dan tukar maklumat sahaja contoh emel di bawah ini)

Kejadian lebih kurang jam 0815hrs, Jumaat 25 Januari 2019, di simpang empat Kesas dan persiaran Kuala Selangor. Sebuah motokar jenis Honda City no pendaftaran W1123Y telah menyalahgunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan di lampu isyarat. Tujuan aduan untuk menerapkan etika pemanduan berhemah. 

Diharap aduan ini akan diambil tindakan. Sekian Terima Kasih


  1. Hantar kepada aduantrafik@jpj.com.my
  2. Pastikan anda buat laporan sertakan gambar kenderaan sebagai bukti

Reply Emel Daripada JPJ

Dan ini antara reply emel daripada piha JPJ kepada mereka yang membuat laporan

Nampak Kesalahan Trafik, Guna Emel Template Ini Untuk Buat Laporan

Diharap tatacara ini dapat membantu anda membendung lebih ramai pemandu yang melakukan kesalahan trafik di atas jalan raya. Jadilah pemandu berhemah. Bertimbang rasalah terhadap pemandu lain juga. Bukan anda seorang sahaja yang membayar cukai kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post