Doa Neelofa Antara Tweet Yang Memperoleh Retweet Terbanyak Sepanjang 2019

retweet terbanyak bagi tahun 2019

Jika sebelum ini kita dapat tahu senarai lagu di strim terbanyak, video paling banyak liked terbanyak, search terbanyak sepanjang 2019. Kini disenaraikan pula Tweet Paling Banyak Di Retweet sepanjang 2019 bagi pengguna Malaysia.

Inilah antara ciri yang ada pada media sosial Twitter, dimana anda boleh Retweet mana-mana Tweet yang dikeluarkan oleh orang lain. Fungsinya sama dengan fungsi Share yang ada di Facebook tetapi ianya lebih menarik berbanding Share atau repost. Ianya di panggil Retweet.

Jadi untuk ini, akan disenaraikan 5 Tweet yang mempunyai Retweet terbanyak sepanjang tahun 2019 bagi pengguna Malaysia

5 Retweet Yang Terbanyak Bagi Tahun 2019


#1 - Doa Yang Diamalkan Oleh Neelofa

Doa ini bukanlah dikongsikan sendiri oleh Neelofa di akaun Twitternya tetapi ianya dikongsikan oleh pemilik akaun @maiadnan dengan video yang berdurasi 1 minit 49 saat. Tweet ini memaparkan video rakaman daripada program Naura Share dimana Neelofa kongsikan doa amalannya kepada semua penontong.

Sehingga hari ini, Tweet ini mendapat 91.3K Retweet dan 87.2K Liked di Twitter Malaysia

#2 - Jarang Jarang Ada Eskelator Dalam Ofis

Setakat hari ini, tweet daripada @whyfarouk ini mendapat 74.6K Retweet dan 49.8K Liked dengan tontonan lebih 1.3 juta  di Twitter

#3 - Kalau Tak Puasa, Sofea Offer Air

Setakat hari ini, Tweet ini telah menjangkau lebih 69K Retweet, 61K Like dan lebih 1.5 Juta views di Twitter milik @alyaaoreo

#4 - ABC Bersama Sajat

Hahaha ini antara Tweet yang paling menarik antara semua ini. Anda kene tengok sampai habis. Setakat hari ini, Tweet daripada @izzraifharz ini telah mendapat 60.5K Retweet dan 36.8K Liked dengan lebih 800K views.

#5 - I Finally Got To Fly With My Abah

Tweet ini berbeza sedikit berbanding yang lain kerana ianya hanya Tweet bergambar sahaja. Yang lain semua Tweet bersama video. Dengan 52.5K Retweet dan 71.9K Liked, pemilik akaun @safiaanisa peroleh tempat ke 5 dengan Retweet terbanyak sepanjang 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post