Lirik Lagu Kita Jaga Kita (OST Ejen Ali The Movie)

Lirik Lagu Kita Jaga Kita (OST Ejen Ali The Movie)

Lagu Kita Jaga Kita merupakan lagu tema kedua bagi filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie. Lagi pertama sebelum ini adalah Bukalah Matamu sepertinya telah mendapat komen yang baik daripada peminat khususnya bagi filem ini.

Lagi tema rasmi tersebut telah disampaikan oleh Aisya Aziz dan Bunga yang diperkenalkan dan dinyanyikan pada September 2019 yang lepas. Sehingga kini video tersebut sudah ditontong lebih 1 juta tontonan. Anda boleh tonton disini

Untuk lagu tema kedua ini bertajuk Kita Jaga Kita yang dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah. Jangan lupa saksikan Ejen Ali The Movie yang sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia iaitu bermula 28 November 2019.

Lirik lagu Kita Jaga Kita (OST Ejen Ali The Movie)

Kini diriku tidak bersimpati
Masa depan ku kabur tetapi
Mataku cerah kian menyala
Semua halangan tak bermaya
Semangatku, Membara

Laungkan suaraku memanggilmu
Bersama lalu jalan berliku
Walaupun tiada yang bersudi
Ku akan tetapi berjuang sendiri
Sentiasa, Kita Jaga Kita

Mereka tiada masa untuk kita
Cuma kita berjasa untuk kita
Mereka takt ahu rasa hati kita
Sama-sama kita
Kita Jaga Kita
Kita Jaga Kita

Siapa lagi kalau bukan kami
Orang luar jangan kecik hati
Siapa lagi kalau bukan kami
Jemput datang kalau berani

Aku saing untuk menang
Cakap terang orak tenang
Kalau pagi patah sayap
Petang aku cuba terbang
Campak aku dalam hutan
Semua rimau aku serang
Ikat tangan masuk gelanggang
Aku masih boleh tendang
Belakang aku tak lengang
Kalau nampak jangan cengang
Kalau kacau bendang kami
Nanti dengar gendang perang
Lepas tawan yang disini
Lawan yang seberang

Bukan kami tak kenal tempat
Tuah kami kurang jadi lebihkan jebat
Walaupun satu dua kerat
Kami tetap kejar
Kejayaan yang semakin dekat

Bukan kami tak pandai lihat
Yang atas makan besar
Bila bawah yang bergiat

Jadi kami pasang niat
Baikkan keadaan semua yang terlibat

Laungkan suaraku memanggilmu
Bersama lalu jalan berliku
Walaupun tiada yang bersudi
Ku akan tetapi berjuang sendiri
Sentiasa, Kita Jaga Kita

Mereka tiada masa untuk kita
Cuma kita berjasa untuk kita
Mereka tak tahu rasa hati kita
Sama-sama kita
Kita Jaga Kita
Kita Jaga Kita

Siapa lagi kalau bukan kami
Orang luar jangan kecik hati
Siapa lagi kalau bukan kami
Jemput datang kalau berani

Lagu : Kita Jaga Kita
Penyanyi : Malik Abdullah, Altimet & Cuurley
Komposer : Cuurley
Lirik : Altimet & Bo Amir Iqram

 

Dengarkan secara streaming disini

Post a Comment

Previous Post Next Post