Cara Semak No Akaun Bank Scammer

Cara Semak No Akaun Bank Scammer

Kejadian penipuan atau scam ini sering berlaku bila proses pembayaran tidak berlaku secara face to face iaitu membayar dengan bank-in atau transfer bank. Ini bermakna, anda tidak bersua muka pun dengan penjual tersebut, adakah mereka ini wujud atau tidak, tidak pasti. Yang ada hanya no akaun bank, no telefon dan nama pada akaun bank tersebut.

Jadi sebab itulah kejadian scam ini boleh berlaku. Kita tidak tahu akan kewujudan penjual tersebut jika membabitkan penjual dan pembeli. Scammer ini juga berleluasa mungkin kerana kurang tindakan daripada pihak berwajib dan juga kurang kesedaran daripada pembeli. Kesalahan sememangnya jatuh pada scammer tetapi kita boleh elakkanya jika kita lebih berhati-hati.

Semak Dahulu No Akaun Bank Scammer

Jadi pihak PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menyediakan sebuah portal bagi anda semak terlebih dahulu akaun bank milik scammer tersebut. Data ini dikumpulkan oleh pihak PDRM menerusi laporan polis yang dibuat oleh pelapor. Jika anda yang melaporkan kes penipuan berkaitan no akaun bank tersebut, data akan dikeluarkan tetapi jika tidak dilaporkan, data kes tiada dalam rekod. 

Anda boleh pergi ke portal ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk membuat semakan no akaun bank. Selain itu, anda juga boleh semak no telefon scammer tersebut kerana ianya menyediakan 2 kategori iaitu no akaun bank dan juga no telefon si penipu.

Sebagai contoh, dimana sebuah akaun dibawah nama YY Creative dengan no akaun Maybank 564409618090 yang direkodkan dengan 2 report yang dibuat. Ianya berkaitan scam bilik sewa. Selain itu seperti pemilik no telefon 0165407971 scam berkaitan bilik sewa. Ianya juga menerima 2 report daripada pengguna kepada pihak Polis.

Cara Semak No Akaun Bank Scammer
No telefon

Cara Semak No Akaun Bank Scammer
No akaun bank

Tidak semestinya no akaun bank atau no telefon yang tidak direkodkan itu adalah akaun yang selamat. Jadi berhati-hatilah. Buat laporan polis jika terdapat sebarang syak wasangka daripada individu penipu. 

Jika boleh, buatlah pembelian di pautan yang boleh dipercayai. Baca review, baca testimoni dan sebagainya. Buat pembelian secara COD berbanding postage. Ini lebih selamat. Jika tidak mampu, buat langkah seperti diatas, semak dahulu no akaun bank tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post