16 Tempat Makan Menarik Di Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

Anda cadang ingin bercuti di Pahang pada masa akan datang? Mungkin ingin bermalam beberapa hari di Kuantan, Pahang. Pastinya anda inginkan percutian yang lengkap dan menarik ketika berada di sana. Nak cari tempat menarik untuk dilawati, mencari tempat makan yang sedap dan sebagainya. Di Kuantan semuanya ada.

Kuantan juga mempunyai tempat makan yang menarik. Pastinya pelancong yang datang dan travel ke sini, mesti pergi ke tempat-tempat ini. Senang cerita, kalau tak sampai Kuantan, tak singgah makan, seperti tak sampai Kuantan la maksudnya. Pada tahun 2019/2020 inilah masanya untuk anda singgah di Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

Sini disenaraikan lebih 15 tempat makan menarik yang anda boleh cuba ketika bercuti atau berada di Kuantan. Pasti anda tidak akan menyesal.

#1 - Restoren Jaman Tory Resepi

Jika anda ingin mencari makan malam, Restoren Jaman Tory ini ada sebagai pilihan untuk anda. Disini disediakan menu makan malam yang unik dan menarik. Ada nasi goreng berapi dan ada juga ikan patin masak tempoyak disukai ramai. Ianya terletak di Indera Mahkota. Anda boleh pergi ke facebook rasmi Jaman Tory Resepi

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#2 - Terminal Satay Zul

Peminat satay, inilah tempatnya yang sesuai untuk anda. Ingin nikmat satay yang dibakar sendiri dan kuah kacang yang sedap. Anda kene datang sini. Ianya juga antara kedai Satay yang tertua di Kuantan. Ianya sudah lama bertapak di Teluk Sisek, Kuantan ini. Boleh lawati facebook rasmi di Terminal Satay Zul

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#3 - Mustafa Cendol

Ingin dapatkan makanan sejuk, manis dah sedap di Kuantan. Anda boleh datang di Mustafa Cendol. Disinilah terdapat menu cendol terkenal di Kuantan. Juga boleh dimasukkan aiskrim, pulut, ABC dan sebagainya. Disini juga anda boleh rasa rojak mee yang sedap. Jangan lupa singgah Mustafa Cendol di Jalan Teluk Sisek

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#4 - Nasi Minyak Eda Yasin

Nak rasa masakan menu nasi lemak. Sini anda lawati dan makan. Anda boleh makan nasi minyak yang sedap di kedai Nasi Minyak Eda Yasin.

#5 - Restoren Dallah Nasi Arab

Bukan di Arab sahaja ada nasi arab. Di Kuantan pun ada restoren yang menyediakan menu Nasi Arab iaitu di Restoren Dallah Nasi Arab. Nak rasa suasana di timur tengah dan nikmati juadah arab. Anda boleh datang sini bila tiba di Kuantan.

#6 - Karratz Cafe

Karratz Cafe yang menyediakan makanan dan minimun western dan pelbagai lagi menu menarik. Restoren dan tempatnya juga menarik untuk santai dan lepak bersama kawan dan keluarga. Datang Kuantan, jangan lupa singgah sini

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#7 - Akar Kopi Cafe

Ingin nikmati suasana flora iaitu seperti di dalam hutan taman. Sinilah tempatnya iaitu di Akar Kopi Cafe. Sambil anda nikmat kopi yang dibrew sendiri, anda boleh nikmat suasana seperti di taman walaupun ianya berada di tengah bandar Kuantan.

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#8 - Warong Paksu & Maksu

Ianya terletak di Tanjung Lumpur dengan melalui jambatan Kuantan. Tidak jauh daripada bandar. Disini dijual juada makan petang seperti goreng pisang, keropok, udang celup tepung, bebola sotong celup tepung dan banyak lagi. Lepak petang kene datang sini Warong Paksu & Maksu.

#9 - Nasi Kukus Seberang Balok

Anda berada di kawasan pantai Balok, Kuantan. Jadi restoren ini dekat dengan anda. Anda boleh rasa dan nikmati nasi kukus bersama ayam goreng yang besar dan sedap. Datang tengah hari, anda boleh rasa nasi kukus ini.

#10 - Char Kuey Teow Berapi

Kedai yang biasanya penuh dimalam hari iaitu Char Kuey Teow Berapi. Harga yang ditawar pun murah dan berbaloi. Pastinya ianya antara Char Kuey Teow terkenal di Kuantan. Rasa yang pedas dengan pelbagai add-on yang ditawarkan seperti udang dan sotong.

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#11 - Kula Cakes

Jika tadi makan cendol, kini disediakan makanan manisan berbentuk kek. Kula Cakes bukan sahaja terkenal di Pahang tetapi seluruh Malaysia. Ianya sudah cukup terkenal di Kuantan iaitu dengan menu manggo cheese cake. Jadi datang sini, jangan lupa cuba kek ni tau. Pasti dah makan sekali, nak bungkus bawa balik satu.

Selain itu, suasana kedai pun agak menarik dan hipster. Jadi mereka yang suka bergambar, ini juga tempatnya. Datanglah ke Kula Cakes.

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#12 - Restoren Hamid Bros

Nak makan nasi daun pisang, boleh datang ke restoren Hamid Bros. Makan kari yang ala-ala indian food. Jika anda salah seorang peminatnya, boleh datang  jika berada di Kuantan.

#13 - Loteng Cafe Teluk Cempedak

Satu tempat yang sangat menarik untuk santai dan lepak bersama kawan dan keluarga. Ianya terletak di tepi pantai Teluk Cempedak. Kedainya terletak di tingkat 2 dan 3. Jadi disini anda boleh lihat kawasan pantai TC daripada sudut atas. Makanan western yang disediakan juga menarik.

Minuman yang ditawarkan pelbagai jenis dan nampak sedap untuk dicuba. Lagi-lagi dengan cawan yang digunakan. Memang menarik habis la Loteng Cafe ni.

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#14 - Ana Ikan Bakar Petai

Tidak boleh tidak, restoren ini adalah wajib pergi bagi dapatkan menu ikan bakar. Ianya terletak di Tanjung Lumpur dan kedai Ana Ikan Bakar Petai sentiasa penuh, lagi-lagi dihujung minggu. Di buka pada malam hari menyediakan menu ikan bakar fresh daripada laut. Datang lambat, nanti tempat duduk penuh. Kalau nak buat tempahan, boleh pergi ke facebook rasmi Ana Ikan Bakar Petai

Tempat Makan Menarik Di Kuantan

#15 - Mabiq

Jika di Temerloh terkenal dengan Go'Bang Maju, jika di Kuantan, pasti orang cari Mabiq. Disini disediakan pelbagai menu dan paling utama adalah Patin masak tempoyak. Walaupun kedainya kecil tetapi pasti ramai yang datang. Harganya juga berpatutan. Terletak di kawasan Tanjung Lumpur juga.

#16 - Nasi Kukus Mama

Antara restoren nasi kukus yang menerima anugerah harga patut iaitu Nasi Kukus Mama. Kedainya seperti restoren fast food tetapi menyediakan nasi kukus ayam goreng yang sangat sedap. Ayam nya juga bersaiz besar. Jadi memang puaslah makan untuk 1 set Nasi Kukus Ayam Goreng.

#17 - Angah BBQ Steambot Buffet

Peminat steambot dan BBQ kene cuba di Angah BBQ Steambot Buffet. Terletak di bandar kuantan. Pastinya menyediakan pelbagai menu untuk dicuba oleh orang ramai. Jadi dah datang kuantan, nak makan steambot, datang lah sini.

Tempat Makan Menarik Di Kuantan


4 Comments

  1. Okey boleh buat nota ni. Tak pernah sampai Kuantan lagi.

    ReplyDelete
  2. wahhhh...banyak pilihan menu.. bolela cuba kalau kesana

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tempat makan menarik di Kuantan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post